Anda sudah tahu bahawa Jaden Smith adalah anak kepada Will Smith, Angelina Jolie merupakan anak perempuan Jon Voight, Enrique Iglesias berbapakan penyanyi Sepanyol terkenal Julio Iglesias dan Kate Hudson pula anak aktres terkemuka lewat era 60-an, Goldie Hawn.
Tapi tahukah anda bahawa mereka ini juga adalah anak kepada selebriti terkenal?
Allison Williams
Jika anda meminati siri "Girls" di siaran HBO, anda pasti akan kenal watak Marnie Michaels, rakan karib watak utamanya Hannah (lakonan Lena Dunham). Allison Williams, pelakon yang membawakan watak Marnie tersebut bukan sahaja satu-satunya selebriti dalam keluarganya. Bapanya adalah Brian Williams, personaliti TV yang merupakan pembaca berita "NBC Nightly News" dan pengacara rancangan "Rock Center with Brian Williams".
Redfoo & Skyblu
Anda mungkin seperti penulis yang menganggap duo LMFAO sebagai dua artis yang kelihatan tidak semenggah. Tapi jangan tertipu dengan gaya pemakaian aneh mereka, sebab sebenarnya Redfoo (atau nama sebenarnya Stefan Kendal Gordy), satu daripada anggota hip hop duo tersebut merupakan anak bongsu kepada penerbit rekod legenda Motown, Barry Gordy.
Oh, dan rakan LMFAOnya, Skyblu (nama sebenar: Skyler Austin Gordy) pula adalah cucu kepada Barry Gordy!
Gwyneth Paltrow
Anda selalu menonton lakonan Gwyneth Paltrow, dan anda juga pernah menonton filem-filem lakonan Blythe Danner, seperti "Meet the Parents" dan "The Lucky One". Tapi tahukah anda bahawa Gwyneth adalah anak kepada pemenang anugerah Emmy tersebut dan pernah berkolaborasi dalam dua buah filem – "Doubt" dan and "Sylvia".
Spencer Grammer
Spencer Grammer merupakan seorang pelakon wanita yang terkenal dengan watak Casey Cartwright dalam siri TV siaran ABC, "Greek". Tapi Casey yang jelita ini adalah anak kepada Beast. Beast mana? Beast dari "X-Men" yang bernama Kelsey Grammer, juga terkenal dengan watak Dr. Frasier Kane dalam "Cheers" dan "Frasier".
Maya Rudolph
Pelakon komedi "SNL" yang juga sering berkolaborasi dengan pengarah/penerbit Judd Apatow dalam filem-filem seperti "Bridesmaids" dan "Friends with Kids" ini sebenarnya mempunyai seorang ibu yang lebih popular dalam bidang muzik. Ibunya adalah Minnie Riperton, penyanyi-komposer terkenal era 70-an, yang popular dengan lagunya, "Lovin' You" pada tahun 1975. Malah, melodi lagu "Lovin' You" sebenarnya dicipta buat Maya.
Rashida Jones
"Parks and Recreation", "The Office", "Role Model" dan banyak lagi. Itu antara filem dan drama yang pernah dibintangi oleh pelakon jelita Rashida Jones yang lebih dikenali dengan watak-watak komedi. Namun tidak seperti anaknya, si bapa adalah produser rekod legenda, Quincy Jones dan ibunya pula pelakon "The Mod Squad", Peggy Lipton.
Bryce Dallas Howard
Pelakon berambut merah, Bryce Dallas Howard yang pernah membintangi "The Village", "Lady in the Water", "Terminator Salvation", "The Twilight Saga: Eclipse", and "The Help" ini merupakan anak sulung kepada pelakon dan penerbit Ron Howard - yang dikenali dengan watak Richie Cunningham dalam sitkom "Happy Days" dan suara pencerita sitkom "Arrested Development".
Lily Collins
Jika anda pernah menonton "Mirror, Mirror" yang turut dibintangi Julia Robert, anda pasti jatuh cinta dengan wajah putih bersih si Snow White lakonan Lily Collins. Lily Collins sebenarnya adalah anak perempuan pemuzik Phil Collins yang terkenal dengan lagu-lagunya seperti "In the Air Tonight", "Against All Odds", "Sussudio" and "A Groovy Kind of Love", dan memenangi anugerah Academy dengan lagu ciptaannya untuk runut bunyi animasi Disney, "Tarzan".
Mariska Hargitay
Mariska Hargitay dikenali sebagai Olivia Benson dalam siri drama "Law & Order: Special Victims Unit", siri yang begitu lama bertahan di NBC. Jika hendak dibandingkan dengan para pelakon lain, tahap popularitinya sederhana sahaja, sehingga ramai yang tidak sedar bahawa dia mempunyai ibu yang juga merupakan seorang daripada simbol seks era glamour 50-an Hollywood, Jayne Mansfield.
Anderson Cooper
Wartawan serius, pemberita CNN, personaliti TV yang mempunyai rancangan temuramahnya sendiri, dan lebih dikenali sebagai "The Silver Fox", Anderson Cooper mengecapi kejayaan dalam bidang kewartawanan dan media dengan bakatnya sendiri. Tapi tanpa semua kejayaan itu pun, Anderson sebenarnya sudah cukup mewah, kerana ibunya adalah sosialit Gloria Vanderbilt yang juga seorang pereka fesyen dan antara pereka jeans biru paling dikenali ramai.
0 comments: