[ c l o s e ]


Bahaya Duduk Atas Dompet.

Posted by Unknown in


Kebanyakan lelaki memang suka duduk dengan dompet berada di poket belakang. Mungkin ada jugak segelintir kaum wanita pun buat macam ni. Tapi korang mesti tak sedar yang duduk di atas dompet ini adalah bahaya untuk kesihatan korang. Nak tau kenapa?? Baca ni..

Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki.
Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica.
Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya.
Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda.
Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang.

Jadi untuk mengelakkan masalah ni daripada berlaku, korang letak la wallet tu kat poket depan..walaupun tak selesa, tapi at least korang tak duduk atas wallet. Atau korang boleh keluarkan wallet tu before korang duduk..tapi make sure letak wallet tu kat tempat yang selamat..


Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.