Dalam tempoh 7 tahun,Liu Deyang berusia 53 tahun itu telah menjalankan kariernya sebagai pencukur bola mata profesional. Dia membuka seperti pusat rawatan di sebuah taman kecil di kota Chengdu, China.
Prosedur ini memang kelihatan berbahaya dan berisiko serta boleh menyebabkan komplikasi, dari melukai mata hingga terjadinya jangkitan merbahaya akibat pisau yang diguna pakai untuk orang ramai sekaligus. Tetapi di China, amalan ini sudah menjadi satu tradisi kuno. Cuma tidak ramai yang masih mengamalkan amalan sebegini.
Liu juga memberikan perkhidmatan mencukur rambut dan bulu muka. Kata pelanggan yang telah mencuba, dia membilas pisaunya dengan cepat lalu menggunakannya untuk membersihkan mata pelanggan.
0 comments: