[ c l o s e ]


JAMBATAN BERPUSING KAWAZU-NANADARU (14 GAMBAR)

Posted by Unknown in

Jika anda pernah memandu naik ke Genting dan Cameron Highland, anda pasti tahu sungguhpun gunung yang dinaiki tidak setinggi mana tetapi jalan yang perlu dilalui berbelit-belit. Ini adalah kerana kereta yang biasa digunakan hanya boleh bergerak pada kecerunan tertentu tanpa mengalami kerosakan. DiKawazu Jepun, kerana kekurangan tanah untuk membina jalan bagi menaiki lereng bukit, mereka membina sebuah jambatan berpusing. Ia kelihatan seperti binaan tempat letak kereta bertingkat yang kita sering lihat. Jambatan berpusing Kawazu Nanadarusiap dibina pada tahun 1982. Ianya setinggi 45 meter dan berdiameter 85 meter.Dengan pembinaan jambatan ini kenderaan boleh mendaki gunungtanpa perlu membina jalan yang lebih panjang di tepi gunung. Pemandu melakukan dua pusingan penuh di atas jambatan sepanjang 1.1 kilometer ini. Very cool. Ini bukan satu-satunya jambatan berputar di dunia. Dari Wikipedia kami mendapati terdapat 25 lagi jambatan sebegini di dunia. 




Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.