[ c l o s e ]


Kanye West, Kim Kardashian kahwin di Paris September ini

Posted by Unknown in


Pasangan sensasi, Kanye West dan Kim Kardashian dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga pada September nanti.

Menurut laporan Mirror, penyanyi rap itu telah melamar kekasihnya itu beberapa hari selepas kelahiran cahaya mata perempuan mereka yang diberi nama North West.

Kim yang gembira dengan lamaran tersebut telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka di Paris.

"Lamaran itu masih belum dibuat dengan sebarang pemberian cincin. Tetapi Kanye telah pun membelanjakan RM2.5 juta untuk sebentuk cincin," kata sumber.

Sebelum itu, Kanye dan Kim menjadi bualan hangat ramai apabila dikatakan telah membelanjakan lebih daripada RM2 juta sepanjang proses kelahiran North West.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.