[ c l o s e ]


Langkah Mencegah Dan Kesan Jerebu Terhadap Kesihatan

Posted by Unknown in

Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan. Jerebu akan memberi impak yang negatif terhadap kesihatan dan boleh memudaratkan kesihatan seseorang. Berikut adalah tindakan yang perlu diambil ketika negeri atau kawasan anda dilanda jerebu.



Golongan Terdedah Kepada Kesan Jerebu:
  • Kanak-kanak.
  • Orang tua.
  • Perokok.
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah.
  • Asma.
  • Bronkitis.
  • Radang paru-paru.
  • Penyakit paru-paru yang kronik.
  • Penyakit jantung.
  • Alahan.

Kesan dan Simtom Akibat Jerebu:

  • Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.
  • Sukar bernafas atau sesak nafas.
  • Mata pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Sakit-sakit dada.

Langkah Mencegah Jerebu:

  • Kurangkan aktiviti luar rumah
  • Pakai mask atau topeng penutup hidung dan mulut
  • Gunakan penghawa dingin ketika memandu
  • Banyakkan minum air kosong
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun selepas melakukan aktiviti luar
  • Mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simtom akibat jerebu
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.