[ c l o s e ]


Lif Bot Terusan Berputar (14 Gambar)

Posted by Unknown in

Falkirk Wheel ialah sebuah lif bot berputar yang boleh anda lihat diFalkirk Scotland. Ia menyambungkan Terusan Union dan Terusan Forth And Clyde. Terusan ini digunakan pada zaman perindustrian sebagai laluan utama mengangkut kargo dan bahan mentah. 

Sekitar 1930an terusan ini mula terbiar dan rosak. Sebagai satu langkah membangunkan semula terusan yang menyambungkanEdinburgh dan Glasgow lif berputar Falkirk inipun dibina. Kedua-dua terusan yang disambungkan mempunyai beza ketinggian sebanyak 35 meter. Jadi lif harus digunakan bagi memindahkan bot turun dan naik antara terusan ini. 

Sistem lif berputar yang unik ini direka oleh jurubina Tony Kettle. Pada awalnya model lif ini dibina oleh beliau menggunakan set permainan Lego. Terdapat dua "timba" gergasi pada roda ini dan setiap satunya mampu menampung 35 000 liter air. 

Sungguhpun begitu ia hanya memerlukan motor elektrik 30 kuasa kuda untuk memutarkannya kerana timba yang berat pada bahagian atas digunakan untuk memutarkan timba pada bahagian bawah. Proses pemindahan naik dan turun pula mengambil masa lebih kurang empat minit. Very cool!


Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.