Kedai pewangi The Fragrance Shop telah melancarkan minyak wangi yang membantu mengurangkan berat badan. Haruman Prends Moi Eau De Minceur ini merupakan haruman pelangsingan badan yang pertama dari syarikat Velds dan dibangunkan oleh syarikat Perancis Robertet.
Berdasarkan laman web The Fragrance Shop, minyak wangi ini direka untuk membantu menurunkan berat badan melalui penyelidikan neurocosmetic yang mengandungi bahan aktif betaphroline untuk mendorong pelepasan B-endorfin di dalam kulit. Jadi, ia bertindak dengan memberikan rasa kesejahteraan, mengurangkan tekanan dan dapat mengurangkan keperluan pengguna untuk makan berlebihan.
Minyak wangi ini dijual dengan harga AS$29.99 (RM147) bagi setiap botol 100 ml. Khabarnya, produk ini telah mempunyai ramai pelanggan terutamanya kaum wanita.
Ia didatangkan dalam pelbagai haruman bergamot seperti mandarin dan limau gedang serta bauan bunga-bungaan seperti lilac, ylang-ylang dan melati. Haruman ini juga menggabungkan aroma limau kasturi dan vanilla.
Namun, sehingga kini masih belum dapat memastikan adakah produk ini sudah dijual di Malaysia ataupun tidak.
0 comments: