[ c l o s e ]


Percintaan Hanez Suraya Dan Awi Rafael Sudah Berakhir.

Posted by Unknown in


Pasti ramai yang mengetahui tentang percintaan dua selebriti ini iaitu Awi Rafael dan Hanez Suraya. Mereka tidak sesekali merahsiakan perhubungan yang dijalinkan itu. Namun, terbaru Hanez mengesahkan bahawa hubungan cintanya bersama Awi Rafael telah pun berakhir.

Hanez mengakui bahawa hubungan itu memang mengalami masalah dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkannya namun akhirnya Hanez terpaksa akur bahawa ia tidak lagi dapat diselamatkan.

Sudah lama hubungan kami bermasalah tetapi saya dan Awi cuba sembunyikan dan berusaha menyelamatkannya. Namun lama kelamaan, saya bertanya kepada diri, sampai bila harus berpura-pura sedangkan antara kami semakin hari semakin jauh.

Mereka yang dekat juga menyedari perkara ini, malah cuba bertanya kesahihan hubungan kami. Cuma saya memilih untuk berterus terang kerana tidak mahu memburukkan sesiapa.

Tetapi apabila Awi terus berdiam diri, ia tidak adil buat saya yang cuba mencari jawapan dan kepastian dalam hubungan kami. Di situ saya sedar, percintaan kami sedang mendekati noktah.” jelas Hanez.

Memikirkan cita-cita Awi Rafael yang amat tinggi, ia menjadi salah satu punca kenapa Hanez menarik diri dari terus membebankan Awi dengan percintaan mereka. Hanez juga mengakui bahawa Awi tidak memberi sebarang respon yang sepatutnya dalam percintaan mereka malah penyanyi kelahiran Singapura itu hanya bersikap mendiamkan diri.

Dia pernah hadir dalam hidup saya, malah sempat setahun bertakhta sebagai insan paling bermakna di sudut hati jadi saya hanya mengingati yang manis antara kami. Saya faham dia sedang mencari kepuasan dalam kerjaya. Cita-citanya terlalu tinggi dan barangkali berat untuk dicapai jika saya ada bersama.

Memikirkan perjalanan kariernya yang masih panjang, jalan terbaik adalah menarik diri daripada terus menjadi beban dalam hidup Awi. Saya tidak akan memusuhinya, malah sentiasa mendoakan kejayaannya. Andai nanti apa yang diimpikannya berhasil, saya akan menjadi orang yang paling gembira.” tambah Hanez lagi.

Menurut Hanez, dia tidak akan sesekali bermusuh dengan Awi malah mendoakan yang terbaik untuk dirinya.













Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.