[ c l o s e ]


Rain lepas dari tuduhan

Posted by Unknown in


Bintang ternama K-pop, Rain baru-baru ini telah dibebaskan dari semua dakwaan malpraktis yang sebelum ini difailkan ke atasnya oleh sebuah syarikat pakaian.

Menurut laman sesawang M Wave, Pejabat Pendakwa Raya Daerah Tengah Seoul mengumumkan, "Selepas siasatan semula dilakukan, Rain yang sebelum ini disaman kerana merisikokan perniagaan sebuah syarikat selepas dibayar berbilion won untuk memperagakan pakaian tersebut, telah dilepaskan dari semua dakwaan."

Pada April 2010, seorang ahli perniagaan, A yang terlibat dalam bisnes fesyen telah memfailkan saman terhadap penyanyi popular tersebut. A membuat tuduhan bahawa Rain, yang juga pemegang saham terbesar dalam syarikat di mana A melabur, menerima sebanyak 2.2 bilion won atas bayaran khidmat peragaannya, sekaligus merisikokan hasil syarikat tersebut.

Selepas siasatan semula yang dijalankan pada tahun 2011, pihak Pendakwa Raya menyatakan bahawa tidak satu pun dakwaan ke atas Rain dapat disahkan, sekaligus membebaskan Rain dari tuduhan.

Dalam berita lain, Rain bakal menamatkan khidmat negaranya Julai.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.