[ c l o s e ]


Restoran Beli Sisa Sayuran Dan Buah Untuk Dijadikan Hidangan.

Posted by Unknown in ,


Seramai 12 peniaga sayuran, buah dan pembantu am warga asing yang mengambil upah memunggah serta menolak troli barang di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Harian, Kuala Lumpur, ditahan Jabatan Imigresen, petang kelmarin.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, warga asing itu menjalankan perniagaan tanpa lesen dan barang jualan disita anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, sebahagian peniaga terbabit dipercayai menjual sisa sayuran dan buah yang dikitar semula.

"Warga asing terbabit menjadikan sayuran dan buah yang dibuang pembekal atau pemborong sebagai sumber rezeki.

"Sayuran dan buah itu dipercayai menjadi pilihan sesetengah pengusaha kedai makan, termasuk restoran di sekitar ibu kota," katanya.

Beliau berkata, Ops Kutip yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Mohd Zamry Mohd Nor bersama tujuh anggota penguat kuasa itu dijalankan atas maklumat dan aduan awam.

“Dua lelaki Bangladesh dan 10 Myanmar, termasuk seorang wanita daripada 50 warga asing yang diperiksa, ditahan dalam operasi tersebut atas pelbagai kesalahan,” katanya.

James berkata, 11 warga asing terbabit ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan.

“Manakala seorang lagi ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas dan permit.

"Semua yang ditahan itu berusia lingkungan 22 hingga 50 tahun dan mereka bawa ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta untuk tindakan lanjut," katanya.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.