Pasangan pelakon yang sama cantik sama padan ini akhirnya bergelar ibu dan ayah kepada bayi lelaki yang baru dilahirkan petang tadi. Menerusi laman Twitter milik Zahiril, pelakon itu berkongsi rasa syukur dan keterujaannya terhadap berita gembira itu.
Melalui laman sosial itu juga Zahiril sempat meluahkan rasa terima kasih di atas ucapan selamat yang diterima dari rakan-rakan serta peminat setia mereka.
Malah beberapa minit selepas itu, Zahiril juga telah menukar Bio di profile Twitter miliknya dari ‘Bakal Daddy’ kepada ‘Dah Jadi Daddy’. Memang cukup terserlah keterujaan Zahiril saat pertama kali menjadi bapa.
Apapun, tahniah diucapkan buat kedua-dua pasangan ini. Semoga bayi yang dilahirkan kekal sihat dan selamat berpantang buat Shera.
Untuk pengetahuan semua, Zahiril dan Shera mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 di Perak.
Di bawah adalah anak kepada pesangan tersebut.
0 comments: