[ c l o s e ]


BAYI BOLEH BERENANG SENDIRI SEAWAL 8 BULAN

Posted by Unknown in


Bayi Boleh Berenang Sendiri Seawal 8 Bulan


Sesekali terjadi kanak-kanak berusia bawah 7 tahun meninggal dunia kerana lemas selepas terjatuh dalam tasik atau sungai berhampiran rumah mereka. Biasanya ia terjadi apabila ibu bapa atau penjaga terlepas pandang pergerakan kanak-kanak ini yang bermain berseorangan.
Kini anda boleh menghantar anak anda untuk mempelajari teknik berenang bayi dikenali sebagai Infant Swimming Resource (ISR) yang membolehkan bayi belajar berenang seawal 8 bulan dan ke atas. Mereka berupaya menyelamatkan diri mereka sendiri jika jatuh ke dalam air.
Di Amerika Syarikat, ramai ibu bapa yang mempunyai anak kecil sudah pun menghantar anak mereka untuk mempelajari teknik ini yang benar-benar boleh membantu jika terjadinya sesuatu yang buruk.
Pihak swasta atau kerajaan di Malaysia perlu mencari jalan bagaimana untuk membawa teknik ini untuk dipelajari oleh bayi di Malaysia, kalau boleh buka di hospital-hospital di seluruh negara secara lebih meluas.
Kini ia agak terhad di negara ini kerana diajar oleh tenaga profesional dan persendirian sahaja.
Video pertama ini ialah video seorang bayi bernama Rene Mandel yang mula belajar pada umur 6 bulan dan menghadiri kelas selama lima minggu untuk 10 minit setiap kelas. Rene sudah berupaya timbul sendiri jika diterbalikkan seperti diajar oleh jurulatihnya dalam video itu.


Manakala video kedua ialah bayi bernama Elizabeth yang turut mempelajari ISR berupaya berenang menyeberang kolam renang di rumahnya tanpa bantuan orang dewasa. Bagaimanapun, kelemahan teknik ini ialah jika bayi jatuh ke dalam air, mereka hanya mampu mengapungkan diri untuk menunggu diselamatkan selama kira-kira 3 jam sebelum mereka kehabisan tenaga.

Anda boleh mencari di internet, untuk mendapatkan maklumat berkenaan kelas berenang ISR ini kerana didapati ada beberapa pihak sudah mula mengajar teknik ini kepada bayi-bayi di negara ini
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.