[ c l o s e ]


Black Umum Tarikh Pernikahan Selepas Hari Raya

Posted by Unknown in

Walaupun sebelum ini Black berjanji akan mengumumkan tarikh pernikahannya pada 3 Julai lepas, janji tersebut tidak dapat ditepati kerana kewujudan beberapa masalah. Namun begitu, Black berjanji akan mengumumkan tarikh keramat itu selepas Hari Raya kelak.
tarikh nikah black
Saya agak terkilan juga sebab tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan seperti yang dijadualkan. Apa pun saya berharap masalah yang terjadi akan diselesaikan dengan kadar segera. Buat masa sekarang 50 peratus persiapan sudah siap dilakukan oleh perancang perkahwinan, terutama dari segi rekaan konsep perkahwinan
Semoga perancangan Black akan dipermudahkan olehNya. Banyakkan berdoa supaya segalanya berjalan lancar. Sambil-sambil itu, bulan puasa ini bolehlah serba sedikit sambung persiapan untuk majlis perkahwinan. Diharap jangan lupa untuk jemput peminat ke majlis perkahwinan anda nanti.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.