[ c l o s e ]


Cincin Dari Kulit Manusia ( 5 Gambar ).

Posted by Unknown in ,

Cincin bernama 'Forget Me Knot' ini memiliki keunikan tersendiri berbanding cincin-cincin lainnya. Sebabnya? Ia adalah perhiasan emas seberat 254 karat yang dilapisi kulit manusia!

Perekanya, Sruli Recht, seorang pereka fesyen terkenal Ireland, mencipta cincin ini menggunakan kulitnya sendiri. Sruli menjalani pembedahan untuk mengambil kulitnya sendiri!

Yang lebih menariknya, kulit itu diambil langsung dari perutnya. Setelah pembedahan, potongan kulit yang masih mempunyai rerambut dan bulu itu dipasang untuk melapisi cincin.

Sruli menjual hasil karyanya itu pada harga 350000 euro atau sekitar RM 1.4 juta. Bukan hanya itu, pembeli juga menerima sijil sebagai bukti bahawa DNA kulit tersebut benar-benar milik Sruli Recht, serta DVD dokumentari tentang proses pembuatan, pembedahan dan temubual bersama pasukan yang terlibat.








Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.