Selama beratus-ratus tahun yang lalu, dua desa kecil di Sumatra Barat memanfaatkan jambatan sepanjang 30 meter yang terbentuk dari akar yang saling berkaitan dari dua pohon yang terletak di setiap sisi sungai yang mengalir laju. Ini merupakan salah satu keajaiban alam yang dikenali "jambatan akar" yang menjadi daya tarikan pelancong.
Menurut penduduk tempatan, jambatan akar pokok dibuat pada tahun 1890 oleh Pakih Sohan, seorang guru muslim dari Lubuak Silau. Ia kecewa melihat kenyataaan bahawa pelajar dari Pulut-pulut tidak boleh menghadiri kelas-kelas agama Islam dan tilawah Al-Quran kerana terpisah oleh Sungai Batang Bayang.
Dia menanam pokok Jawi-jawi, jenis pohon beringin berdaun lebar, dan mula merangkai akar di sekitar jambatan yang diperbuat daripada batang buluh. Hanya dalam masa beberapa tahun dua pokok bersambung antara satu sama lain. Memerlukan waktu sekitar 26 tahun untuk membuat Jambatan Akar menjadi jambatan kukuh sekarang ini, dan setiap tahun, menjadi kuat, seperti akar pohon beringin yang terus berkembang.
Jambatan akar telah menjadi prasarana penting antara dua desa di Sumatra Barat selama hampir satu abad. Tetapi, jambatan yang berfungsi untuk lintas perdagangan akan dialihkan ke jambatan gantung yang dibina tidak jauh dari jambatan akar.
Meskipun demikian, banyak pelancong baik asing dan Indonesia hanya untuk mengabadikan foto ini. Jambatan akar adalah satu-satunya jambatan akar di dunia.
0 comments: