Kulit Gary Turner sangat longgar dan boleh diregangkan seperti getah yang ditarik sehingga mampu menukar bahagian perutnya menjadi tempat takungan 1.4 liter air. Namun sindrom itu langsung tidak melemahkan Gary Turner sebaliknya dia mengubah penyakitnya itu menjadi kerjaya yang menarik perhatian orang ramai sekitar London, Britain.
Turner yang menyedari penyakitnya itu sejak berumur 10 tahun berkata, kulitnya begitu nipis dan dua kali ganda nipis berbanding ketebalan kulit manusia normal. Dan untuk info anda, sindrom ini hanya berlaku kepada satu dalam 10,000 individu seluruh dunia.
0 comments: