[ c l o s e ]


Restoran Tertinggi di Dunia, the At.Mosphere di Dubai ( 16 Gambar ).

Posted by Unknown in ,

Bagaimana agaknya kalau  dapat makan di restoren tertinggi di dunia, di the At.Mosphere? Restoren ini terletak di Menara Burj-Khalifa, menara tertinggi di dunia ( lebih kurang 2 kali ganda ketinggian menara KLCC ).

Info Ringkas:
  • Restoran ini dibuka secara rasminya pada 24 Januari 2011 yang lalu, menampilkan imej gaya hidup paling mewah menggunakan nama At.Mosphere.       
  • Restoren ini berada pada ketinggian 1350 kaki (452 meter) dari tanah di ketinggian tingkat 122 bangunan Burj Khalifa! Menara ini mempunyai ketinggian keseluruhan 828 meter. Bandingkan dengan ketinggian KLCC yang hanya 452 meter dengan 88 tingkat! 
  • At.Mosphere kini mengatasi bangunan CN di Kanada yang pernah menjadi restoran tertinggi di dunia. 
  • Sekurang-kurangnya dua tingkat di bawah dek pemantau menara terbabit, yang menjadi restoran tertinggi di dunia boleh menempatkan lebih 210 tetamu dan mempunyai sebuah lobi ketibaan yang luas, satu tingkat restoran utama, bilik makan persendirian dan stesen mempamerkan masakan. 
  • Dengan dilengkapi dinding dan siling mahogany, kelengkapan perabot Adam Tihany serta tingkat ‘cafe au lait limestone’ serta dilengkapi permaidani buatan tangan, restoran terbabit mempunyai daya tarikan tersendiri. 
  • Pengunjung yang ingin menjamu selera di Restoren itu dikenakan bayaran masuk RM 83 (100 dirham) seorang. Caj bayaran masuk itu tidak termasuk caj untuk makanan dan minuman! 

Jom kita usha apa yang ada dalam restoren ni...


























Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

2 comments:

.