[ c l o s e ]


Selepas Putus Dengan Sharnaaz , Shila Fobia Bercinta Lagi

Posted by Unknown in

Selepas Putus Dengan Sharnaaz , Shila Fobia Bercinta Lagi

Perit mengingatkan luka cinta lalu, penyanyi, Shila Amzah akui dia kini fobia untuk bercinta kembali setelah hubungan istimewanya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad berakhir pertengahan Februari lalu.

Shila Amzah berkata buat masa ini dia lebih selesa berkawan dengan sesiapa yang mahu mendekatinya dan mahu fokus pada kerjaya nyanyiannya terutama yang baru dibina di Shanghai.

"Saya memang tidak mahu bercinta lagi buat masa ini. Apa yang boleh saya katakan saya sudah fobia dengan apa yang berlaku sebelum ini. Memang sejujurnya kini saya agak serik untuk bercinta lagi.

"Ketika ini, saya lebih selesa bercinta dengan kerjaya saya. Memang ada yang cuba mendekati, tetapi saya cuma sedia untuk berkawan sahaja," katanya kepada murai.com.my baru-baru ini.

Pun begitu, pelatun lagu Patah Seribu itu memberitahu dia hanya menyerahkan jodohnya kepada Tuhan selain mahu menerima mana-mana lelaki yang menjadi pilihan keluarga.

"Saya pernah juga beritahu ibu untuk carikan jodoh buat saya kerana saya yakin pilihan mereka pasti yang terbaik. Malah, saya ada terifkir mungkin ada seronoknya jika bercinta selepas kahwin.

"Apa-apa pun saya percaya kalau jodoh itu ditakdirkan untuk saya, bagaimana disekat pun ia tetap akan jadi milik kita dan begitulah sebaliknya," luahnya lagi.

Shila Amzah dan Sharnaan menjalinkan hubungan cinta pada Februari tahun lalu, namun cinta mereka hanya dapat bertahan lebih kurang setahun selepas timbulnya konflik dan pergaduhan di antara aktor kacak itu dan bapa Shila, ND Lala.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.