[ c l o s e ]


Antara Fakta Mengerikan Tentang Bulan

Posted by Unknown in


Usia Bulan:

Usia bulan lebih tua dari yang dikatakan, bahkan dianggarkan lebih tua daripada bulan dan matahari itu sendiri! Umur Bumi paling tua yang boleh dijangkakan adalah 4.6 bilion tahun. Sementara itu batuan Bulan malah sudah berumur 5.3 bilion tahun. Bulan lebih tua 1 bilion tahun berbanding Bumi!


Lebih keras diatas:

Biasanya sebuah planet akan keras di dalam dan makin lama makin lembut diatas, seperti bumi kita. Tidak demikian hal nya dengan bulan. Bahagian dalam bulan seperti berongga, sementara bahagian atasnya keras sekeras Titanium. Hal ini lah yang menyebabkan bahawa bulan bagaimanapun juga sangat kuat dan tahan serangan. Kawah terbesar di Bulan berdiameter 300KM, dengan kedalaman hanya 6.4KM. Sementara itu, menurut kiraan saintis, jika batuan yang melanggar bulan tadi, melanggar Bumi, maka akan terbentuk lubang yang sedalam 1.200KM!

Bulan yang berongga juga dibuktikan apabila krew Apollo yang meninggalkan Bulan, membuang kembali sisa pesawat yang tidak digunakan kembali ke Bulan. Hasilnya, sebuah gempa dan gema pada permukaan bulan berlaku selama 15 minit. Penemuan ini diulang kembali oleh krew Apollo 13, yang kali ini jatuh lebih keras, menimbulkan gema selama 3 jam 20 minit.

Ibaratnya seperti sedang membunyikan loceng yang kemudian berbunyi, hanya saja kerana tidak ada udara, maka suara dentang loceng yang dihasilkan tidak boleh didengar oleh manusia. Sementara itu, penemuan ini dipertikaikan oleh Carl Sagan, bahawa satelit semulajadi tidak mungkin berongga di dalam nya.


Batuan Bulan:

Asal usul batuan dan debu bulan sendiri tidak jelas, kerana perbezaan komposisi pembentukan bulan yang berbeza sekali dengan komposisi batuannya. Batu yang pernah diambil team apollo sebesar 380KG lebih, menunjukkan ada nya bahan unik dan jarang ditemui seperti Titanium tulen, kromium, itrium, dan lain lain. Logam ini sangat keras, tahan panas, anti pengoksidaan. Jenis logam ini tidak terdapat secara semulajadi di alam, dan jelas tidak mungkin terbentuk secara semula jadi.

Para saintis juga mengalami kesukaran menembusi sisi luar bulan sewaktu mereka mengebor bahagian terluar bulan. Setelah di teliti, bagian yang di bor tadi adalah sebuah mineral dengan kandungan titanium, uranium 236 dan neptunium 237. Bahan bahan super keras anti karat, yang juga tidak mungkin terbentuk secara semula jadi, kerana digunakan di bumi untuk membuat pesawat stealth. Kemungkinan besar, ini logam hasil sepuhan manusia!

Batuan bulan juga entah bagaimana sangat magnetik. Padahal tidak ada medan magnet di Bulan itu sendiri. Berbeza dengan bumi yang banyak sekali mengandungi medan magnet.

Air mengewap:

Pada 7 Mac 1971, instrumen bulan yang dipasang oleh angkasawan merakamkan adanya air melalui permukaan bulan. Wap air tadi berlangsung hingga 14 jam dan menutupi permukaan seluas 100 batu persegi.

Saiz bulan = Matahari?

Bulan boleh menutupi matahari di dalam gerhana bulan penuh, tapi ukurannya tidak sama. Yang menarik, jarak matahari ke bumi tepat 395 kali ganda jarak bulan ke bumi, sedangkan dia matahari tepat 395 kali diameter bulan. Pada saat gerhana matahari penuh ukuran bumi dan bulan tepat sama, sehingga matahari boleh ditutup bulan secara sempurna. Hitungan ini terlalu cermat dan tepat jika hanya merupakan kebetulan astronomi semata.


Orbit yang aneh:

Orbit bulan merupakan satu satunya yang benar benar hampir bulat sempurna dari semua sistem susun solar kita. Berat utama bulan terletak lebih dekat 6000 kaki berbanding pusat geometri nya, yang seharusnya justeru mengakibatkan orbit lengkung. Sesuatu yang tidak diketahui telah membuat bulan stabil pada paksi nya. Suatu teori yang belum di yakini benar adanya juga mengatakan bahawa wajah bulan yang selalu sama di setiap hari nya kerana adanya suatu hal yang menyebabkan itu. Yang pada terasnya, tetap suatu kebetulan astronomi.


Asal usul bulan:

Teori bahawa bulan dahulunya adalah sebahagian dari bumi yang mental keluar bumi kerana pertembungan hebat di masa lalu hampir saja di setujui oleh semua orang, setelah sebelumnya mereka menyangka bahawa bulan terbentuk dari debu debu angkasa yang mampat menjadi satelit bumi. Kebelakangan ini teori menyebutkan bahawa jika bahagian sebesar bulan diambil dari bumi, maka bumi tidak akan boleh bulat seperti sekarang. Dan jika bulan tidak berongga, maka tidak mungkin bulan boleh berada menjadi satelit bumi. Terlalu berat dan bulan akan menghentam bumi.

Teori teori asal usul bulan kembali dipertikaikan, dan teori paling gila sepanjang sejarah mulai muncul, bahawa bulan diciptakan dengan sengaja oleh manusia terdahulu sebagai alat bantu di dalam navigasi dan juga astronomi!



Bulan adalah kapal luar angkasa?

Kesempurnaan bulan yang keterlaluan, dan berbagai anomali yang ada dibulan, plus ditambah banyaknya benda benda terbang tak dikenal di bulan membuat banyak pihak mengatakan bahawa kemungkinan besar bulan adalah sebuah pesawat luar angkasa super besar yang diciptakan oleh makhluk cerdas pendahulu kita. Dan bulan BELUM ditinggalkan oleh penghuni nya! Semua krew Apollo dan angkasawan angkasawan lain atau penyelidik bulan, semuanya telah melihat cahaya cahya dan benda benda terbang tak dikenal yang lalu lalang diantara bulan, muncul dan hilang begitu saja, bahkan selalu menyertai setiap kedatangan dan kepergian para team angkasawan yang melawat bulan.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.