[ c l o s e ]


DOKTOR DISAHKAN POSITIF HIV JANGKITAN SEMASA BERTUGAS

Posted by Unknown in


Institut Penyakit Tropika di Universiti Airlangga, Surabaya melaporkan sekurang-kurangnya tiga doktor diuji positif dengan HIV/AIDS tahun lalu. 

Seorang wakil berkata walaupun tidak diketahui dengan jelas bagaimana mereka mendapat jangkitan virus itu, ia disyaki mungkin melalui pesakit HIV/AIDS. 

“Ia benar-benar berkaitan dengan profesion mereka sebagai seorang doktor,” kata pengerusi institut terbabit, Profesor Nasronudin. Nasronudin mengingatkan doktor untuk mematuhi amalan keselamatan perubatan berikutan mereka dan kumpulan paramedik adalah antara yang paling berisiko tinggi dijangkiti dengan penyakit berkenaan.

Selain daripada perlunya doktor untuk mematuhi prosedur tertentu, pesakit HIV/AIDS juga dikehendaki memberitahu kepada doktor mengenai keadaan mereka supaya langkah tertentu boleh diambil untuk mengelak jangkitan, katanya. 

“Pesakit juga berhadapan dengan dilema. Kadang kala saya bertanyakan kepada pesakit mengapa mereka tidak mendedahkan penyakit HIV/AIDS mereka. Mereka katakan, “Jika didedahkan, saya bimbang doktor akan menolak saya.” Ini adalah penting kepada doktor dan orang awam,” katanya.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.