[ c l o s e ]


Padan Muka! Amah Indonesia Dihukum Mati

Posted by Unknown in


Padan Muka! Amah Indonesia Dihukum Mati- Seorang amah Indonesia dihukum mati mahkamah Arab Saudi kerana didapati bersalah membunuh anak majikannya yang berusia empat tahun, lapor Saudi Gazette semalam.

Menurut akhbar berkenaan, wanita itu didakwa membunuh budak perempuan itu dengan sebilah pisau ketika ibu bapa mangsa keluar bekerja manakala adik beradiknya berada di sekolah.

Selain hukuman mati, tertuduh juga dihukum penjara lapan bulan dan dirotan 200 kali kerana cuba membunuh diri selepas melakukan jenayah tersebut.

Mengulas keputusan mahkamah, peguam bela tertuduh menyatakan, pihaknya akan merayu hukuman tersebut.sumber-http://www.kosmo.com.my

P/s sejak akhir-akhir ni banyak sangat kes menganai pembantu rumah dera bayi,terutama pembantu warga indonesia…jadi kepada anda-anda semua yang bercadang untuk mengambil pembantu rumah,fikir masak-masak dahulu sebelum mengupah ye.

Bukannya apa,sebab keselamatan anak perlu diutamakan..jangan selepas didera baru nak kecoh!!…
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.