[ c l o s e ]


11 Tahun Makan Mee Segera.

Posted by Unknown in



Georgi Readman adalah seorang remaja yang berusia 18 tahun dan berasal dari Pulau Wight, England. Beliau telah bertahan hidup dengan hanya bergantung kepada mee segera yang murah sejak 11 tahun yang lalu kerana timbul rasa takut untuk makan makanan yang lain. Pelajar muda ini telah makan kira-kira sepanjang 30 kilometer mee segera hampir setiap tahun!

Beliau mula ketagih dengan mee segera sejak ketika berusia 5 tahun lagi. Pada ketika itu, mee segera bukanlah menjadi makanan ruji harian buat dirinya, sehinggalah ketika berumur 8 tahun. 

Pada ketika itu, beliau dikatakan mengalami kes keracunan makanan yang teruk sehinggakan dinasihatkan oleh doktor untuk tidak makan apa-apa buah-buahan atau sayur-sayuran dan hanya sekali-sekala sahaja boleh makan ikan dan ayam.

Setiap kali keluar membeli belah untuk keperluan barang dapur, ibu Georgi akan sentiasa membeli 11 pek mee segera untuk anaknya itu. Doktor telah menjalankan diagnosis terhadap Georgi Readman kerana pemakanan mee segera beliau ini dan menyangka bahawa beliau menghidapi leukemia dan mempunyai tahap kesihatan seorang wanita yang berusia 80 tahun. Beliau mengalami kekurangan tenaga secara berterusan dan mempunyai sistem imun yang rapuh.

Gangguan makan terpilih telah menjadi lebih kerap pada ramai individu sejak kebelakangan ini. Anda juga mungkin menghidapinya secara tidak lansung dan anda tidak mungkin tidak akan perasan. 

Kes seperti ini dimana orang makan makanan ringan sahaja seperti pizza atau kentang goreng akan meletakkan diri mereka pada risiko anemia atau lain-lain keadaan yang lebih serius yang dikaitkan dengan kekurangan vitamin, besi atau kalsium.










Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.