[ c l o s e ]


Menjadi Buruan Setelah Gambar Gugur Bayi Tersebar Di Internet.

Posted by Unknown in


Ibu muda di China, Feng Jianmei, mengugurkan janinnya yang berusia tujuh bulan. Gambar dirinya bersama si janin beredar luas di dunia internet.

China heboh. Banyak kecaman dilontarkan untuk negeri Tirai Bambu ini. Pemerintah Kota Ankang, Wilayah Shaanxi, China meminta maaf atas pengedaran gambar tersebut.

Namun, kini Feng Jianmei dan suaminya diburu kerana bocornya foto tersebut. Salah seorang saudara yang tidak mahu disebut namanya mengatakan pasangan ini tengah diburu oleh banyak orang.

"Pada Ahad malam, kami memutuskan untuk pulang [dari hospital] dan banyak orang telah berkumpul di luar," kata kerabat Feng Jianmei seperti dipetik BBC.

Orang-orang itu menggantung sepanduk di sebuah jambatan. Orang-orang itu menghina Feng Jianmei dan keluarganya. "Banyak orang yang datang dan berteriak bahawa kami pengkhianat. Sekarang, ke mana pun pergi, orang mengikuti kami."

Sejak Ahad lalu, Feng Jianme dan suaminya bersembunyi. Kerabat Feng Jianmei tersebut juga mengatakan keluarganya juga memperoleh kekerasan saat meninggalkan hospital. Dia menduga perbuatan ini didorong oleh pegawai tempatan yang telah malu dengan terungkapnya skandal pengguguran tersebut.

China memang melaksanakan dasar satu anak pada program perancangan keluarga mereka. Hal itu dilakukan untuk mengawal populasi negara itu, yang ketika ini mempunyai kira-kira 1.3 bilion penduduk.

Feng Jianmei dipaksa menggugurkan janinnya yang berusia tujuh bulan setelah tidak mampu membayar denda kerana melanggar polisi satu anak itu.






Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.