Seorang warga emas tidak menyangka logam yang ditemui semasa berkebun di rumahnya merupakan bom zaman Perang Dunia Kedua.
Carole Longhorn, 65, membawa objek menyerupai cengkerang itu ke dalam rumah lalu membasuhnya di sinki dapur.
Wanita itu dengan tidak sengaja mengetuk bom tersebut dan apabila dilihat dengan lebih dekat, beliau terkejut apabila menyedari barang yang dibasuh itu merupakan bom.
Longhorn kemudiannya meletakkan sebuah kerusi plastik ke atas bom berkenaan sebagai langkah keselamatan.
Beliau kemudian memanggil suaminya dan memanggil pihak polis.
Pihak polis dan pakar bahan letupan kemudian mengesahkan bom itu masih lagi aktif dan berkata pasangan wagra emas itu sangat bernasib baik kerana ia tidak meletup.
0 comments: