Kami di MyInfoHubs tak sangka impian menjadi kenyataan apabila filem pertama Mat Yo akan ditayangkan dipawagam. Berkonsepkan lawak hambar, malas lari dan berat nanang pastinya mampu untuk menarik para penonton khususnya mat - mat rempit.
Baca ringkasan mengenai jalan cerita filem ini.
Filem pendek arahan Mamot Khaluiq mengisahkan seorang pemain bola sepak, Idlang yang selama ini bermotorkan honda bulat ingin mememiliki sebuah kereta idaman, Audi Q7. beliau mula bosan dengan hanya bermotor kesana kemari. Akhirnya motor beliau berkecai terlanggar tiang lampu akibat mengantuk seperti dapat dilihat dalam poster diatas. Ekzos, rim semuanya berterabur di atas jalan.
Berbeza dengan kawannya, Shafee teruja dan terlopong membawa motor rim kuning sambil dipeluk Sapiq Rohi. Keduanya kelihatan gembira sehingga sebuah jenama motosikal terkemuka negara melantik Shafee sebagai duta motosikal mereka dengan tagline 'SYD - Shafee yang Ditunggang' Keduanya tebal berjiwa Harimau Malaya dengan mewarnakan rim dengan warna kuning walaupun kerap ponteng training.
Oh, tidak lupa dengan bersandarkan kapcai tersebut, Sapiq berjaya memikat Xandria, atlet terkenal negara Ethiopia.
Perjalanan karier Idlang amat berliku sehingga digelar 'berat bonet' kerana kemalasannya dalam berlari mengejar bola di pentas final. watak-watak jahat yang di terbangkan khas dari Amerika Latin seperti Nenas, Andreazinhok memampatkan lagi penceritaan dan suspens.
Datanglah beramai-ramai ke pawagam mulai Ahad ini untuk mengetahui lebih lanjut cerita Melayu yang bakal box office 30juta seperti yang angan-angan mat jenin.
0 comments: