[ c l o s e ]


Jambatan Gantung Paling Tinggi Dan menakutkan

Posted by Unknown in


Jambatan Gantung Paling Tinggi Dan menakutkan-Bayangkanlah jambatan gantung sepanjang 98 meter, di ketinggian 3,000 mdpl, dan kelajuan angin sehingga 200 km / jam. Titlis Cliff Walk di Alps, Switzerland, menjadi jambatan gantung paling menyeramkan di Eropah.

Untuk anda yang menyukai cabaran, jambatan teringgi di Eropah, Titlis Cliff Walk dibuka untuk pengunjung. Jambatan ini berada di ketinggian 3,000 meter di atas permukaan laut Alps di Switzerland.

Perhatian! Jambatan ini bukan untuk traveler yang lemah jantung atau takut pada ketinggian.

Banyak yang boleh pelancong lihat dari atas jambatan ini. Pembekal kereta gantung Titlis Rotair mengatakan, pelancong boleh melihat panorama pergunungan yang ada di sekitar jambatan ini. Selain itu, pengunjung juga boleh melihat sebahagian kawasan Itali dari atas jambatan.

Namun, panorma ini tidak boleh anda lihat setiap masa. Kadang kala adanya ribut salji yang mengurangkan jarak pandangan. Pengunjung yag hadir ketika itu,tidak akan boleh melihat apa-apa yang ada di bawahnya.

Sebaiknya anda pegang erat-erat,kerana jambatan ini akan diselimuti ais dan salji, dan jambatan akan bergoyang ketika pengunjung berjalan di atasnya. Tidak hanya itu, angin yang bertiup melewati jambatan ini boleh mencapai 200 km per jam.


Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.