[ c l o s e ]


Kanak-2 Melayu 11 Tahun Mati Tersepit Pintu Lif

Posted by Unknown in


ANGGOTA polis mengangkat mayat Khairul Amir yang maut selepas tersepit pada pintu lif di PPR Desa Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 17 individu yang terperangkap di dalam sebuah lif rosak melalui pengalaman ngeri apabila menyaksikan bagaimana seorang murid tahun lima mati akibat kepala dan separuh badannya tersepit selama 20 minit di pintu alat pengang- kut tersebut semalam.

Kejadian di Blok 8, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak di sini pada pukul 1.15 petang itu mengakibatkan Khairul Amir Azri Lani, 11, mati di tempat kejadian selepas separuh badannya dari kepala ke pusat, tersepit di pintu lif berkenaan.
Mangsa merupakan murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan.

Difahamkan, flat tersebut sudah berusia 10 tahun dan lif itu baru sahaja diselenggara baru-baru ini.

Mengimbau semula kejadian tersebut, salah seorang individu yang terperangkap, Mohd. Nor Asyraf Mohd. Zafridin, 17, memberitahu, mereka yang berada di dalam lif itu cemas apabila alat pengangkut berkenaan mengalami kerosakan teknikal sebelum berhenti antara tingkat dua dan tiga dengan pintunya terbuka.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.