Rasanya ini satu-satunya kolam renang di dunia yang memerlukan anda memakai kelengkapan menyelam di dalamnya. Mempunyai kedalaman sehingga 34.5 meter, kolam renang yang diberi nama Nemo 33 ini adalah merupakan kolam renang paling dalam di dunia.
Terletak di Brussels, Belgium, kolam renang ini menampung 2.78787 juta liter air tanpa klorin yang mempunyai suhu setakat 30 darjah Celsius. Antara ciri lain yang menarik adalah ianya menempatkan beberapa buah gua dalam air pada kedalaman 10 meter, selain dibina dengan beberapa tingkap dalam air yang membenarkan para pengunjung untuk menjenguk ke dalam kolam pada kedalaman yang berbeza.
0 comments: