Di Sulaimaniyyah terdapat banyak bangsa Kurdish dan mereka menentang kerajaan Iraq sejak 1960an. Ketika ere pemerintahan rejim Saddam, mereka yang disyaki menyokong penentangan Kurdish terhadap Saddam akan dibawa ke Rumah Merah untuk disoal siasat.
Ada yang digantung, ada yang dipukul dan ada juga yang direnjat dengan wayar elektrik yang dipasang pada kemaluan. Rumah Merah dibina dengan bantuan German Timur pada 1970an dan berfungsi sebagai rumah seksaan sehinggalah 1991.
Selepas perang teluk pertama bangsa Kurdish berjaya menubuhkan wilayah autonomi Kurdistan disini. Muzium ini kini menjadi peringatan kepada bangsa Kurdish akan kesengsaraan yang dilalui oleh leluhur mereka untuk mendapatkan kuasa memerintah diri mereka sendiri.
0 comments: