Pasangan selebriti popular, Nelydia Senrose dan Qi Razali bukan lagi satu rahsia dan keduanya mengakui merancang untuk membawa hubungan tersebut ke langkah yang seterusnya.
Mereka juga dikhabarkan sudah menghadiri kursus perkahwinan setelah sekeping gambar menunjukkan Qi yang bersongkok dan Nelydia bertudung manis tersebar di Internet.
Namun Nelydia terus tampil untuk memberi penjelasan mengenai khabar angin ini supaya tiada salah faham berlaku akibat gambar yang dimuat naik olehnya di Instagram itu.
“Gambar tersebut tiada kena mengena dengan kursus kahwin. Sebenarnya kami perlu berpakaian sopan ketika di undang untuk program Akustika Ramadan Raya TV3,” jelas Nelydia menerusi akhbar tempatan.
Apa-apa pun peminat semua sentiasa mendoakan hubungan mereka akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.. Amin.
Apa-apa pun peminat semua sentiasa mendoakan hubungan mereka akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.. Amin.
0 comments: