Berita sedih untuk umat Islam di seluruh dunia. Angkatan tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Morsi lewat semalam selepas ketegangan selama seminggu yang mengorbankan kira-kira 50 orang ketika berjuta-juta orang membanjiri jalan raya menuntut pemimpin dari parti Islam itu meletak jawatan selepas setahun berkuasa.
Pengumuman itu dibuat menerusi televisyen oleh menteri pertahanan Morsi, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi sambil disambut sorokan di kalangan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya selama beberapa hari.
MyInfoHubs - Sejurus selepas pengumuman tersebut diumumkan, rakyat jelata Mesir meraikan kejatuhan Presiden Mursi bagaikan sebuah pesta besar besaran. Nampaknya , Mesir kembali dijajah! Tiada lagi Presiden yang boleh bercakap lantang mempertahankan Islam sedangkan rakyat sendiri menggulingkannya. Untuk Presiden Mursi membaik pulih ekonomi Mesir bukan setahun dua, beliau bukan magician. Kalau rakyat Mesir boleh bertahan dengan Mubarak selama 30 tahun, kenapa dengan Mursi setahun pun dah tak boleh tahan? Pelik betul orang Mesir!
0 comments: