Wanita berkenaan, Fu Zhuli menemui beg mengandungi berlian bernilai HK$250 juta (RM101.8 juta) di sebuah kafeteria semasa melawat pameran barang kemas di pulau ini.
Pelancong dari Shenzen, China itu menjaga beg tersebut sehingga pemilik permata itu kembali untuk mendapatkan semula hak miliknya.
"Saya masuk ke sebuah kafeteria untuk berehat sambil menikmati ais krim. Saya melihat dua orang warga asing sedang berbual dan kemudian beredar dari kafeteria itu dengan tangan kosong," kata Zhuli.
"Selepas meja mereka dibersihkan, saya melihat sebuah beg hitam berada di lantai," tambahnya.
Katanya lagi, dia membuka beg tersebut dan melihat ia berisi ketulan berlian sebesar kacang soya.
Setiap butir berlian itu dianggarkan berharga antara AS$65,052 (RM205,499) hingga AS$130,104 (RM410,998).
Pemilik beg itu yang merupakan seorang lelaki warga Israel bergegas mendapatkan semula begnya yang dijaga oleh Zhuli.
Pemiliknya kemudian dipercayai memberi saguhati kepada Zhuli atas kejujurannya.
0 comments: