[ c l o s e ]


Gangster Wanita Paling Di Geruni Di Dunia.

Posted by Unknown in ,

Kami ingatkan hanya lelaki jer yang selalunya jadi gangster, rupanya ada juga perempuan yang jadi gangster. 

Jom kita tengok gangster wanita yang mendominasi dunia jenayah terancang.

1. Judy Moran (dipenjara pada tahun 2009 – sekarang).
Judy Moran, adalah seorang wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster terbesar di Melbourne. Dia digelar “family matriarch” yang mengubah Melbourne menjadi Dodge City.




2. Xie Caiping (dipenjara pada tahun 2009 – sekarang)

Di bandar Chongqing, kerajaan China melaksanakan tindakan keras terhadap kumpulan gengster dan kongsi gelap. Sebuah operasi besar-besaran telah dilancarkan dan berjaya menangkap hampir 1,500 gengster yang dimana kebanyakannya berada dibawah pimpinan Xie Caiping. Caiping sangat aktif menjalankan aktiviti perjudian haram serta merasuah anggota polis bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.



3. Sandra Avila Beltran (dipenjara pada tahun 2007 – sekarang)

Beltran dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang “GodMother” di Mexico. Pak ciknya adalah pengedar dadah di sana. Dia mendapat gelaran “Ratu Pasifik” kerana dia menjadi orang tengah antara kartel Valle del Norte colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu dalam mencari laluan rahsia penyeludupan dadah di sepanjang Pantai Pasifik Mexico.




4. Rosetta Cutolo (dipenjara pada tahun 1993 – sekarang)

Wanita ini menjadi gangster disebabkan rasa sedihnya setalah saudaranya ditangkap oleh pihak polis Itali. Dia kemudian meneruskan business haram milik saudaranya itu. Dia menjadi antara suspek yang paling dikehendaki di Itali kerana termasuk dalam anggota keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah menjadi buruan polis Itali pada tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan/pelarian sehingga akhirnya menyerah diri selepas itu.



5. Maria Licciardi (dipenjara pada tahun 2001 – sekarang)

Sejak tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi merupakan ketua keluarga bagi Licciardi dan “Capo di Tutti Capi” iaitu salah satu kumpulah gangster di Napoli. Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih berpengaruh, dan lebih berjaya terutamanya dalam perniagaan haram mereka. Perniagaan yang paling menguntungkan yang diusahakan oleh keluarga ini ialah pelacuran di Camorra.




6. Maria Leon (dipenjara pada tahun 2010 – sekarang)

Merupakan seorang ibu berusia 44 tahun dengan 13 orang anak, mungkin kalau anda dengarnya macam tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia merupakan dalang/ketua bagi aktiviti pengedaran/penyuludupan dadah di timur laut Los Angeles serta Beirut. Alasannya, dia menjalankan perniagaan haram ini untuk memberikan pendidikan kepada anak-anaknya.



7. Griselda Blanco (status tidak diketahui sampai sekarang)

Ketika berusia 11 tahun, dia menculik anak orang kaya yang tinggal bersebelahan dengan tempat tinggalnya bagi mendapatkan wang tebusan. Setelah ibubapa kepada anak yang diculiknya itu menyatakan tidak mahu memberikan wang tebusan, dia terus menembak budak itu tanpa belas kesihan. Setelah berpindah dari Colombia ke New York bagi melarikan diri daripada jenayah itu pada era 70-an, beliau memulakan kariernya dalam penyeludupan dadah pula, Blanco kemudian berpindah ke Miami untuk mengelakkan diri daripada tuduhan mahkamah.


Di sanalah dia menjadi kan Miami sebagai ibukota kokain utama di Amerika Syarikat .Blanco diyakini telah mendalangi lebih dari 200 pembunuhan selama kariernya, termasuk (kemungkinan besar) pembunuhan ketiga-tiga suaminya. 

Pada tahun 1988, dia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun di penjara. Ketika dia dibebaskan pada tahun 2004, dia dihantar kembali ke Colombia dan kelibatnya tidak pernah dilihat semenjak itu.


:beaten::bouaaaaah::dark_mood::disapointed::disappearing::dizzy::drunk::evilish::eye_fire::faill::fake_smile::for_real:8):gangs::graffiti::hidden::high::hurt::ignoring::indifferent::innocent::lol::mah::muah::no_hope::nomnom::nose_bleed::nose_pick::O_O::oh_u::on_fire2::playlist::psychotic::relief::scared::secret_laugh::serious_business::shocked::shout::shy::sick::sleep::slow::snooty::something::swt::swt2::tastey::teeth_brushing::u_serious::want::want2::whisper::x:whistle::X3::x_x::yarr::yo::yum::yuush::z Z::mad2:=B:brains::burnt::boo:hebohnetwork
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.