[ c l o s e ]


Kematian Misteri Seorang Hacker Mesin ATM ( Video ).

Posted by Unknown in ,


Berita kematian Barnaby Jack "ATM Hackers" yang berlaku secara tiba-tiba pada jumaat lepas. Menurut info, Jack merupakan anak kelahiran New Zealand dan seorang pakar komputer yang menjadi terkenal pada tahun 2010 setelah berjaya menggodam mesin ATM secara live di Las Vegas. Jack ditemui mati di pangsapuri beliau di San Francisco tanpa melibatkan sebarang unsur jenayah (menurut pihak polis). 

Sebenarnya kehadiran beliau pada ceramah Black Hat bertajuk "Hacking Human" di konvensyen keselamatan tahunan di Las Vegas dinanti-nantikan oleh ramai orang. Di mana beliau akan menunjukkan bagaimana beliau boleh menggodam perentak jantung manusia, yang berpotensi untuk membunuh orang daripada jarak 30 kaki. Namun semua itu hanya tinggal kenangan setelah kematiannya pada usia 35 tahun disahkan sendiri oleh pihak berkuasa di negara itu.

P/s: Nampaknya lagi seorang tokoh terkenal mati pada kemuncak kegemilangan hidupnya. Adakah ini juga sebuah konspirasi seperti yang berlaku pada Kurt Cobain, Puteri Diana, Jonathan Brandis, Henry Moseley dan banyak lagi? Tuhan sahaja yang tahu.

Jom kita lihat bagaimana beliau hack mesin ATM live di Las Vegas di bawah.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.