[ c l o s e ]


Kepala Di Temui Di Sebuah Kuil Di Johor Untuk Tujuan Pemujaan ( 2 Gambar ).

Posted by Unknown in ,

Gambar ngeri tersebut merupakan satu kepala seorang lelaki yang telah dipenggal untuk digunakan dalam satu upacara pemujaan di sebuah kuil India dalam ladang kelapa sawit Sri Lalang di Kluang, Johor. Kepala lelaki malang tersebut diletakkan diatas sebatang kekaki yang digunakan untuk membakar kapur barus.


Laporan Kosmo :

Polis menemui satu kepala milik lelaki warga emas yang dipercayai dijadikan pemujaan di dalam sebuah kuil di kawasan ladang kelapa sawit, dekat Sri Lalang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kepala lelaki berusia 62 tahun itu ditemui penjaga kuil di Ladang Coronation pagi ini sebelum melaporkan kepada polis pada pukul 7.30 pagi.

“Siasatan awal mempercayai lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum kepalanya yang dipotong dengan senjata tajam dibawa ke kuil berusia lebih 70 tahun itu untuk tujuan pemujaan. Usaha sedang digiatkan untuk mengesan anggota badan lelaki itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, di sini hari ini















Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.