[ c l o s e ]


Pelbagai Jenis Kunci Kaa'bah Sepanjang Zaman ( 12 Gambar ).

Posted by Unknown in ,

Mungkin inilah jawatan yang diimpikan kebanyakan umat Islam, iaitu sebagai pemegang kunci Kaabah. Ianya adalah posisi yang diberikan secara langsung oleh Nabi Muhammad setelah menguasai Makkah ketika itu.


Setelah menghancurkan semua berhala dalam Kaabah dan bangunan itu dimandikan, Nabi Muhammad lantas menyerahkan kunci-kunci pintu Kaabah kepada Usman bin Taha dan Muthalib, sepupu Othman.

"Kunci ini akan tetap anda pegang hingga hari kiamat," kata Nabi.

Saat ini, kunci Kaabah itu dipegang oleh keturunan Muthalib, iaitu Syeikh Abdul Qadir bin Taha al-Shaibi. Beliau bertanggung jawab untuk membuka dan menutup pintu Kaabah serta mencuci bangunan yang dibuat oleh Nabi Ibrahim itu.

Syeikh Abdul Qadir bin Taha al-Shaibi (kiri)

"Kunci-kunci ini harus dipegang oleh anggota tertua keluarga, jadi kemungkinan sepupu saya juga boleh memegangnya," kata Syekh Abdul Qadir.

Beliau mengatakan Kaabah dimandikan dua kali setiap tahun, iaitu pada 15 Muharam dan permulaan bulan Sya'abn. Biasanya acara ini dihadiri oleh raja Arab Saudi atau Emir Makkah Putera Khalid al-Faisal, dan para pegawai kanan.


Berikut ialah pelbagai jenis kunci Kaa'bah mengikut peredaran zaman, sebahagiannya kini sudah dilelong di beberapa pusat lelongan di London:











Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.