Membawa watak fiksyen di gelanggang, golongan suri rumah itu merupakan ahli gusti separuh masa.
Seorang ahli gusti lucha libre yang dikenali sebagai Catrina, 56, sudah 26 tahun menyertai pertandingan gusti. Wanita berstatus nenek itu mempelajari pergerakan gusti semasa mempelajari seni mempertahankan diri bagi mengelak daripada menjadi mangsa bekas suaminya yang gemar memukulnya.
Seorang lagi pengusti lucha libre, Estrella Dorada yang telah bersuami dan mempunyai empat orang anak lelaki pula sudah bergusti selama 18 tahun.
Pertandingan itu menampilkan beberapa bintang lain yang popular dalam kalangan peminta gusti seperti Chispita dan La Llorona.
0 comments: