[ c l o s e ]


Misteri Ribuan Bukit Terbentuk Di Filipina

Posted by Unknown in


Misteri Ribuan Bukit Terbentuk Di Filipina | Philippine CHOCOLATE HILLS,” Bukit Coklat” Ribuan bukit terbentuk di atas kawasan seluas 50 kilometer persegi yang termasuk wilayah Provinsi Bohol, Filipina. Namanya diambil dari keadaan bukit ketika musim kemarau tiba. Ketika musim kemarau, bukit akan berubah menjadi coklat kerana kemarau. Namun, ketika musim hujan bukit ini akan berubah menjadi warna hijau pekat.

Terdapat 1,260 bukit berada di atas wilayah ini. Tinggi bukit berbeza-beza antara 40 hingga 100 meter. Sekurang-kurangnya, ada empat legenda yang menceritakan asal-muasal bukit ini. Satu di antaranya mendedahkan bukit-bukit ini terbentuk dari air mata seorang raksasa yang jatuh cinta pada gadis tempatan.

Ketika ini, Bukit Coklat merupakan salah satu objek pelancongan terkenal di Bohol. Kerajaan Filipina bahkan terus menyokong pelancongan di daerah ini. Salah satunya adalah dengan membuat resort yang berada di salah satu bukit. Dengan resort ini, pelancong akan lebih selesa menikmati pemandangan.






Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.