[ c l o s e ]


PEREKA CANDY CRUSH, KING MENFAILKAN IPO BERNILAI $5 BILLION

Posted by Unknown in


King, pencipta permainan yang teramat popular kini iaitu Candy Crush, telah menfailkan IPO di Amerika Syarikat sebanyak $5 billion, menjadikan ini IPO terbesar untuk syarikat dari UK sejak bertahun.

IPO ini mula didengari khabar angin-nya daripada bulan June apabila King dikhabarkan berunding dengan Bank of America, J.P. Morgan Chase dan Credit Suisse Group AG. Rundingan ini datang selepas pada bulan Januari, Candy Crush mengatasi Zynga sebagai permainan paling popular di Facebook. Sebagai perbandingan, Zynga kini dinilai $2.9 billion.

King, atau nama rasminya Midasplayer International Co. telah membina permainan sejak tahun 2003 dan berjaya besar sejak Candy Crush dikeluarkan. Populariti permainan itu disebabkan integrasi dengan Facebook dan bagaimana anda boleh crush musuh anda di Facebook.

Candy Crush Saga berjaya menarik 30 billion plays setiap bulan dan mendapat keuntungan $300 jura 9 bulan yang lalu. Dan, mengaku sahaja, anda juga bermain Candy Crush Saga bukan? Okay jangan kedekut, kongsilah nyawa.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.