[ c l o s e ]


TERKEJUT JUMPA CEK BERNILAI 2 JUTA USD

Posted by Unknown in



PEKERJA KERETAPI TEMUI CEK BERNILAI 2 JUTA DOLLAR | Seorang pekerja keretapi bawah tanah di Sepanyol terkejut apabila menemui sekeping cek bernilai 2 juta Dollar Amerika dari Bank Of Amerika dalam sebuah dompet.


Dompet itu ditemui tersepit di antara dua pintu keretapi di sebuah depot membaiki keretapi di Madrid.


Dari siasatan, difahamkan pencuri dompet itu telah mengosongkan dompet berkenaan tetapi meninggalkan cek berkenaan dipercayai milik seorang lelaki California berusia 49 tahun.


Pekerja itu Emilio Guerra turut menemui lesen memandu dan kad kredit di dalam dompet berkenaan yang telah diserahkan kepada pengurusnya.


“Kami betul-betul terkejut dan tidak menyangka menemui sesuatu seperti ini,” kata Pengurus Depot Jose Manuel Del Cura kepada agensi berita El Pais.


Dompet itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk mencari pemilik dompet berkenaan.


Menurut polis, jika berjaya menemui lelaki itu dompet itu tidak akan diserahkan begitu sahaja sebaliknya mereka ingin mengetahui punca datangnya duit sebanyak itu dan memastikan ianya bukan hasil dari satu perbuatan atau transaksi jenayah.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.