[ c l o s e ]


Allahu Rabbi! Lelaki Ini Mengaji Al-Quran Ketika Koma

Posted by Unknown in


Allahu Rabbi! Lelaki Ini Mengaji Al-Quran Ketika Koma. Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan,
Subhanallah, Walhamdulillah, Allahu Akhbar. Tadi Dr Fuh saja usya-usya facebook fan page lain. Kemudian Dr Fuh terjumpa satu video yang amat menyentuh hati. Kesahihannya tidak dapat dipastikan. Tetapi video ini membuatkan hati Dr Fuh tersentuh.

Jika benar, bagaimana seorang yang koma boleh mengaji Al-Quran? Itulah bertapa besarnya kuasa Allah. Tak keterlaluan kiranya Dr Fuh mengandaikan lelaki ini sering ingat pada Allah dengan melakukan ibadah-ibadah termasuk kerap membaca Al-Quran. Berikut sedikit info yang Dr Fuh dapat daripada Facebook.

Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan- SubhanAllah, apa jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar.

Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan ” apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti “. Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.

Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.

Berikut adalah videonya. Sama-sama kita renungi. Allahu Akhbar!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.