[ c l o s e ]


Bersekedudukan, kekasih akui pernah ke rumah Nad Zainal

Posted by Unknown in


Pastinya ada di antara anda yang masih belum mengenali pelakon Azwan Kombos ini.

Azwan merupakan pelakon drama bersiri Dewi Lasak selain itu dia juga dikenali sebagai kekasih kepada pelakon yang semakin meningkat naik Nad Zainal.

Baru-baru ini, tersebar gosip kononnya Azwan bersekedudukan dengan Nad di rumah pelakon wanita tersebut yang terletak di Ampang.

Bagi menjelaskan perkara tersebut, Azwan berkata, “ya, memang saya pernah pergi ke rumah Nad, namun hanya sekadar menghantarnya pulang selepas Nad selesai penggambaran. Itupun jikalau ayah Nad tidak boleh mengambilnya. Saya juga pernah bertandang ke rumah Nad ketika Hari Raya dan untuk makan bersama keluarganya”.

“Jadi, apabila timbul gosip begini rasa tak logik sebab dia tinggal bersama keluarganya dan perkara ini (bersekedudukan) memang tidak pernah terjadi,” katanya memetik kenyataan portal Gua.

Azwan berharap gosip sebegini dihentikan segera walaupun mengerti cerita-cerita tidak betul seperti itu akan berlaku kerana itu adalah harga yang perlu dibayarnya sepanjang bergelar anak seni.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.