[ c l o s e ]


Mengharukan: Video Anjing Cuba Bermain Dengan Budak Syndrome Down

Posted by Unknown in


Video yang sungguh mengharukan. Seekor anjing mengajak kanak-kanak yang menderita down syndrome bermain. Walaupun pada mulanya kanak-kanak itu kelihatan menolak, tapi anjing ini seolah faham bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai keperluan khas dan ingin menyayanginya.

Hati anda akan terasa hterharu melihat video di bawah ini. Budak lelaki dalam video tersebut bernama Herman, usinya 5 tahun dan berasal dari La Plata, Buenos Aires. Herman adalah kanak-kanak yang memerlukan perhatian khusus, dia pesakit down syndrome. Video yang telah beredar sejak tahun 2012 ini sudah ditonton lebih dari 100 ribu orang.

Video ini diambil oleh ibu Herman. Si ibu mengatakan bahawa anaknya sering menjauhi diri dari orang lain dan tidak suka disentuh. Yang mengharukan, anjing bernama Himalaya ini dengan sabar mengajak Herman bermain dengannya. Beberapa kali Herman menolak dan menjauhkan kaki Himalaya dari dirinya, tapi anjing ini tetap sabar.

          

Pada awalnya, Himalaya menyulurkan kakinya ke arah Herman. Dia juga berguling lalu menyulurkan kakinya kembali setelah Herman menolak untuk bermain dan menjauhinya. Himalaya tidak menyerah kalah, dia dengan sabar menyulurkan tangan dan muncung ke arah Herman.

Video ini mendapat banyak pujian, walau sederhana, sebenarnya cinta dan kasih sayang boleh diberikan siapa saja, bahkan dari seekor haiwan.Kalau haiwan saja boleh menyayangi manusia, kita sebagai sesama manusia harusnya lebih baik lagi ketika menyayangi sesama manusia.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.