Pelakon Fifie Buntaran (33) perlu berpantang dalam rangka pengambaran filem Pantai Selatan, yang kisahnya berkait dengan "penguasa" pantai itu, Nyai Roro Kidul.
Fifie Buntaran yang sudah bersuami tidak boleh berhubungan intim sepanjang tempoh pengambaran filem itu kerana dia memegang peranan sebagai Nyi Roro Kidul.
Fifie Buntaran mendapat kata nasihat dari pakar spritual yang terlibat dalam pembikinan filem ini yang menyarankan supaya dia menghentikan sementara hubungan intim memandangkan peranan nya yang memerlukan dia dalam keadaan bersih.
"Kata guru spiritualnya, jangan berhubungan badan dulu, biar enggak 'kotor'," kata Fifie Buntaran dalam temuramah di Ramayana Restaurant, Solo, Jawa Tengah, Kamis (26/9/2013).
Fifie memilih mengikuti apa yang disampaikan oleh pakar spiritual tersebut kerana jika dia tidak mengikut pantang larang tersebut dia mungkin akan ditelan ombak.
"Lebih baik mereda, gurunya bilang selesai shooting terserah. Milih sekarang melakukan apa ketelan ombak, gitu kan," katanya sambil ketawa.
Suaminya juga bersetuju kerana faham itu adalah sebahagian dari pembikinan filem tersebut. "Diprotes sih tidak, dia mengerti peran saya kok," ucapnya.
0 comments: