Setelah muncul dengan trend pembedahan bibir ala Joker yang boleh membuat seseorang tampak selalu tersenyum, kini ada lagi trend pembedahan lanjutan anggota tubuh. Pembedahan ini adalah salah satu pembedahan paling menyakitkan, namun khabarnya sangat popular di Korea.
Melalui teknik pembedahan ini, seseorang pesakit boleh bertambah tinggi sehingga 13 cm. Namun untuk mendapatkan tinggi badan ini, mereka terpaksa menahan sakit yang amat sangat.
Di antaranya adalah rasa sakit yang luar biasa dan kehilangan kemampuan untuk berjalan. Pekara ini kerana pembedahan tersebut berhubungan dengan pengubahan struktur pada kaki.
Dipetik dari Rocketnews24.com, 5 dari 6 orang yang melakukan pembedahan ini akan mengalami kesan sampingan tersebut. Dan kesemuanya menanggung risiko kehilangan kemampuan berjalan bila teknik ini tidak berjaya.
Tubuh tinggi seperti artis memang menggiurkan. Namun apalah ertinya itu semua bila kita mengalami rasa sakit?
0 comments: