[ c l o s e ]


S3xx untuk sembuhkan anak istimewa

Posted by Unknown in


Hong Kong : Seorang lelaki dihukum penjara 12 tahun selepas menipu seorang wanita bahawa melakukan hubungan seks dengannya akan membantu menyembuhkan anaknya yang terencat akal.

Mahkamah Tinggi juga diberitahu, Yeung Shingsang meletakkan dadah dalam kopi untuk mangsa dan kemudian menderanya secara seksual selama 10 jam. Hakim Maggie Poon Mankay menyifatkan Yeung , 39, mengambil kesempatan atas kelemahan mangsa sebagai seorang ibu.

Poon berkata, sejak pengalaman pahit itu, mangsa merasa takut, gelisah dan malu. Belum dapat dipastikan sama ada dia akan pulih daripada perkara itu.

Hakim itu juga berkata, pihak mahkamah tidak dapat mencari sebab mengapa ia perlu mengurangkan hukuman yang telah ditetapkan 12 tahun.

Mangsa sebelum ini memberi keterangan bahawa dia menjadi lemah dan tidak bermaya selepas minum kopi bercampur dadah itu dan tidak dapat menahan serangan seksual ke atasnya. Mahkamah diberitahu, Yeung mengenali kakak mangsa melalui portal mesej segera di tanah besar portal, QQ , pada bulan Jun lalu dan mereka kemudian menjalin hubungan.

Pada 28 Jun lali, Yeung meminta beliau untuk membawa kakak 38 tahun itu – seorang ibu tunggal yang bekerja di sebuah rumah urut – untuk ke rumahnya di Kwun Tong di mana beliau tinggal bersama anak perempuannya yang berusia empat tahun. – AGENSI
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.