Satu-satunya motosikal Ferrari yang wujud di dunia ini telah dilelong dengan harga $137,000 di Bonhams, UK pada 29 April lalu. Motosikal ini dibuat khas sebagai tribute kepada founder Ferrari iaitu Enzo Ferrari.
Motosikal ini dihasilkan oleh David Kay Engineering di Britain pada 1990 sempena kematian Enzo Ferrari dan dibuat khas untuk anaknya Piero Ferrari. Motosikal ini mengambil masa 3000 jam unutk disiapkan dengan menggunakan tenaga manusia @ handcraft.
Motosikal ini dilengkapi dengan 4 silinder, 900cc enjin dan mampu mencapai 60mph dibawah 3 saat. Manakala top speed bagi motosikal ini pula ialah 165mph. Selama 17 tahun, motosikal ini dipunyai oleh seorang pengumpul motosikal dari Britain. Namun identiti pembeli yang terkini masih lagi menjadi rahsia.
p/s : Memang cool gler la superbike nih..
0 comments: