[ c l o s e ]


Sedihnya, Bila Dengar Wan Maimunah Sudah Dipinggirkan

Posted by Unknown in


KL, 2 OKT 2013: Apa sudah jadi? Itulah soalan yang pertama terpacul di mulut kami selepas mendapat tahu mengenai perkembangan terbaru mengenai pelakon serba boleh, Wai Maimunah.

Dengarnya, hidup pelakon ini sudah semakin susah dan khidmatnya kini dikhabarkan tidak lagi diperlukan oleh mana-mana pihak produksi tempatan. Malah, kami dapat tahu, Wan Maimunah yang lebih mesra disapa ibu itu juga sudah pun tidak ingat drama terakhir yang dilakonkannya. Dalam erti kata lain, dia sudah lama tidak berlakon.

Menurut sumber, ibu sudah tidak lagi menerima sebarang tawaran walaupun masih lagi sihat dan boleh berlakon sama seperti dulu. Malah, kami diberitahu lagi, ibu kini hanya meniaga di hadapan rumahnya saja demi mencari nafkah sesuap nasi.

Lebih menyedihkan, niat ibu untuk berniaga di pasar malam juga tidak kesampaian disebabkan dia tidak mempunyai wang untuk dijadikan modal. Yang penting, dari kisah ini, kami rasa pihak SENIMAN perlu membantu menyelesaikan ceritera sedih yang melanda Wan Maimunah.

Setahu kami, masih ramai lagi anak seni tempatan perlu bantuan dan mengalami masalah lebih teruk lagi tanpa disedari orang lain. Mungkin perkara sebegini tidak akan jadi kalau sistem hiburan tempatan sistematik dan berlaku adil.

Oh My!: Ada baiknya setiap pelakon dapat EPF setiap kali terlibat dalam drama ataupun filem.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.