[ c l o s e ]


"Flying Drawbridge", Jambatan Angkat Yang Menarik Di Netherlands (6 Gambar)

Posted by Unknown in


Terletak di bandar Leeuwarden di Belanda, Slauerhoffbrug (dalam bahasa Inggerisnya: Slauerhoff Bridge), merupakan sebuah jambatan angkat yang beroperasi secara automatik sepenuhnya dan sering digelar sebagai "jambatan ekor".

Slauerhoffbrug, yang turut dikenali sebagai "Flying Drawbridge" oleh penduduk tempatan boleh diangkat dan diturunkan dengan cepat dan pantas hanya dengan menggunakan satu tiang penyokong struktur. 

Ia membolehkan pengangkutan air untuk berlalu dengan pantas dan pengguna kenderaan di darat dapat menjimatkan masa untuk menunggu. Dek jambatan angkat itu mempunyai ukuran 15 meter X 15 meter (50 X 50 kaki) dan diwarnakan dengan warna biru dan kuning sebagai mewakili bendera Leeuwarden.





Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments:

.